Akhlak.

Akhir zaman, ramai wanita sanggup mengadaikan maruah hanya semata-mata inginkan perhatian ajnabi. Semata-mata nak menunjuk di hadapan ajnabi. Kenapa jadi macam mana ni wahai wanita? Jangan disebabkan itu kita sanggup buat apa saja sehinggakan maruah kita rosak. Nur harap bila Nur kongsikan usrah ni dapat manfaat buat kita semua. Ambil pengajaran😭✊🏻

1) Tutup Aurat Dengan Sempurna💕

Kalau nak cakap pasal aurat perempuan ni semua dah tahu kan. Tapi kenapa sesetengah perempuan yang masih ambil remeh tentang aurat? Padahal dah terang lagi bersuluh dalam al-Quran. Allah suruh kita perempuan labuhkan kain tudung sampai paras dada. Tapi kita tak ambil peduli. Kita buat tak tahu. Yang lagi sedih,perempuan ni suka hati pakai baju seksi sampai menggoda para ajnabi. Tak malu ke dengan Allah? Tak malu ke dengan Rasulullah? Sudah tak tutup aurat,kemudian pergi tunjuk aurat kita dekat ajnabi.

Nak selamat? Tutup aurat dengan sempurna. Bila kita tutup aurat,in shaa Allah. Allah akan jaga kita daripada perkara yang tak elok berlaku. Sebab itu betapa pentingnya aurat. Dan kerana itu Allah lebihkan kita. Allah suruh kita tutup aurat dengan sempurna. Nur nak tanya adakah susah untuk menutup aurat dengan sempurna? Tidak susah pun sebenarnya. Cuma kita selalu beri alasan. Alasan yang langsung tak masuk akal.
“Alaa panas lah. Malas ahh nak pakai labuh-labuh ni.”
“Macam ustazah pulak nak kena pakai tudung labuh semua ni.”
“Eii pakai jubah ni zaman dulu je. Zaman sekarang ni fesyen dah macam-macam.”

Sampai macam tu sekali kita bagi alasan,kalau kita cakap pakai tudung labuh ni panas sebab cahaya matahari. Itu kira okay sebab panas cahaya matahari. Nak dibandingkan dengan panas cahaya matahari lagi panas api neraka yang membahang. Setakat panas duni apa lah sangat kan. Jangan jadikan alasan itu sebagai tiket untuk kita tak tutup aurat dengan sempurna. Kalau kita kata pakai tudung labuh ni macam ustazah,apa salahnya nampak macam ustazah. Biar lah orang panggil kita ustazah daripada orang panggil kita murah. Nak ke? Jadi niat tutup aurat biarlah kerana Allah. Orang nak panggil kita apa pun. Lantak dorang lah. Asalkan Allah pandang kita dengan mulia. Kalau kita cakap pakai jubah atau baju labuh tu macam zaman dulu,habistu yang ketat dan seksi sana sini tu apa?

Akhir zaman memang macam ni,tak sedar disebabkan fesyen tu kita jadi salah malah sampai buka aurat kita. Ingat,nak fesyen boleh. Asalkan kita jangan tabbaruj(berlebihan) dalam fesyen ni. Please sayang,jaga lah aurat kita dengan baik. Kalau kita tak nak jadi pemuas nafsu lelaki,tutup lah aurat dengan sempurna.

Kalau yang baru mula nak menutup aurat dengan sempurna,Nur nak kongsikan sikit. Biarlah kita tutup aurat ni kerana Allah. Bukannya nak menunjuk tau.

Tips nak tutup aurat dengan mudah❗
•Mula pakai tudung melebihi paras dada
•Mula pakai handsock
•Mula pakai stoking
•Jangan pakai pakaian yang ketat atau jarang
•Mula pakai baju muslimah labuh atau dress
•Mula pakai skirt labuh atau palazo labuh

Mulakan dari sekarang wahai wanita. Semoga kita terus istiqamah menutup aurat dengan sempurna✊🏻🥺

2) Jaga Akhlak Dan Adab💕]

Akhlak dan adab sangat penting dalam hidup kita. Sebab itu akhlak dan adab sangat memainkan peranan penting. Lebih-lebih lagi kita sebagai perempuan perlu jaga akhlak dan adab sebagai seorang perempuan. Kita lihat berapa ramai perempuan yang jaga akhlak? Berapa ramai perempuan yang jaga adab? Tak ramai😭ramai perempuan sekarang suka mencarut tanpa rasa dosa. Ramai perempuan yang mengeluarkan kata-kata kesat atau lucah tanpa rasa malu😭ramai perempuan yang tak hormat mak ayah,yang tak hormat orang yang lebih tua. Apa dah jadi ni😭?

Malah ramai perempuan yang suka bergaul bebas dengan lelaki. Siap bertepuk tangan,bersweet-sweet di media sosial sampai 24 jam. Mana pergi akhlak yang cantik itu? Mana pergi adab kita sebagai seorang perempuan? Kalau kita cantik atau bergaya tapi akhlak dan adab tak jaga tak ada guna juga. Sebab yang penting tu akhlak dan adab. Bukan cantiknya rupa paras. Kalau lelaki pandang kita dengan wajah yang menawan. Tapi Allah pandang akhlak dan adab kita. Renungkan lah.

Mulai dari sekarang,jaga lah akhlak. Jangan disebabkan ajnabi,kita sanggup remehkan akhlak dan adab sampai kita kurang ajar dengan orang tua kita atau orang yang lebih tua. Sebab itu cari lah kawan yang solehah. Kawan solehah yang boleh bimbing kita ke syurga. Kalau kita kawan dengan lelaki. Tambah lelaki tu akan mempengaruhi kita dengan benda buruk. Memang akan jadi buruk lah nanti. Sebab itu pentingnya cari sahabat baik.

Wanita,akhlak dan adab sangat penting. Jadi perbaiki lah diri supaya akhlak dan adab kita akan lebih cantik dari sebelum ini. Nur harap kita semua faham dan tahu bahawa akhlak dan adab sangat penting. Nak jadi wanita solehah? Jaga akhlak dan jaga adab. In shaa Allah kalau kita jaga akhlak dan adab ni kita akan bahagia dunia dan akhirat. Kalau akhlak dan adab tak jaga,bimbang kita akan mudah terpedaya dengan tipu daya syaitan. Tipu daya syaitan yang akan mempengaruhi kita sehingga kita akan buat benda yang tak elok.

Kaum yang beriman. (Surah Al Mujadilah. Ayat 22.)

Al-Mujadilah : 22

لَّا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْءَاخِرِ يُوَآدُّونَ مَنْ حَآدَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَوْ كَانُوٓا ءَابَآءَهُمْ أَوْ أَبْنَآءَهُمْ أَوْ إِخْوٰنَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولٰٓئِكَ كَتَبَ فِى قُلُوبِهِمُ الْإِيمٰنَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍ مِّنْهُ ۖ وَيُدْخِلُهُمْ جَنّٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا الْأَنْهٰرُ خٰلِدِينَ فِيهَا ۚ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ أُولٰٓئِكَ حِزْبُ اللَّهِ ۚ أَلَآ إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.